Sejarah Labu Lanjut

  ASAL USUL NAMA KAMPUNG LABU LANJUT



 ANTARA WARGA ASAL LABU LANJUT 1969
NO 2 BELAKANG HJ MUSA B SIDI,NO 4 BELAKANG HJ KASIM BAKRY,
NO 5 BELAKANG HJ SAHLAN B AHMAD,DEPAN NO 1 HJ RUSLI TASEH,
NO 5 DEPAN HJ WAHID  BIN TAIB.



    POKOK LANJUT                    DAUN POKOK LANJUT          ABDULLAH B. MINIT
                                                                                                                    (HJ BUYUNG)




Asal usul nama kampung ini diperolehi dan diceritakan oleh  Pak Buyung atau nama sebenarnya Abdullah bin Minit (gambar), berumur 75 tahun yang juga merupakan peneroka asal KG Labu Lanjut. Beliau menceritakan bagaimana nama Kampung Labu Lanjut diperolehi.Nama kampong ini diperolehi dari sepohon pokok yang dikenali sebagai Pokok Lanjut.Merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asean yang lain.Nama botaninya Mangifera lagenifera Griff.
Pohon, tinggi mencapai 40 m, batang bebas cabang tingginya 18 m dengan garis tengah batang 100 cm, tidak berbanir. Kulit batang mula-mula halus kemudian menjadi bercelah tidak teratur dan beralur kecil, coklat kemerahan sampai coklat abu-abu. Daun berbentuk bundar telur terbalik melanset sampai menyudip, panjang 3 - 15 cm dan lebar 1,5 - 5 cm. Perbungaan terminal semu, malai, kadang-kadang terlihat memberkas, berbulu kecil,; bunga 5 merus, mahkota bunga ungu, diskus ramping dan menyerupai tangkai, 5 benang sari fertil dan bahagian pangkalnya berlekatan, staminodium kecil. Buah berbentuk buah mangga, panjang sampai 11 cm, hijau pink dan berubah menjadi kecoklatan apabila buah masak.
Pokok Lanjut tumbuh di tebing sungai labu. Kebetulan terdapat kuala sungai dari paya kampung Labu Lanjut dan telah menjadi tempat berlabuh bagi sampan sampan penduduk Kampung Salak Tinggi,Kampung Giching dan orang asli ketika itu. Oleh kerana di kuala sungai tersebut terdapat pokok lanjut maka tempat itu dikenali sebagai Kuala Lanjut.

Pada masa itu sampan menjadi kenderaan utama penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian ke pekan Salak. Usaha menangkap ikan adalah menjadi punca sumber rezeki bagi penduduk kampung,selain daripada itu mereka juga mengambil upah menoreh ,bertani dan bersawah bagi menampung kehidupan.

Apabila masyarakat kampung Salak Tinggi dan Giching hendak mencari rotan, ,berburu dan mencari hasil hutan yang lain di sini(Labu Lanjut) maka mereka akan mengatakan “Hendak ke Kuala Lanjut”. Oleh kerana letaknya kawasan ini di mukim Labu lalu kawasan RKT ini dipanggil RKT Labu Lanjut.

  LATAR BELAKANG DAN SEJARAH KAMPUNG LABU LANJUT


      i.        Tahun 1958 - 1959


Sebelum keujudan Kampung Baru Lanjut.Pada tahun 1958 ke 1959 selepas merdeka kerajaan Pahang menawarkan penempatan untuk menambah bilangan penduduk di negeri itu. Satu kawasan diantara Raub dan Bentong dipanggil Lembah Bilut telah diteroka oleh kerajaan Pahang untuk penempatan rakyat yang ingin berpindah ke negeri itu telah menarik minat penduduk kampung Salak Tinggi dan Ghicing kerana ditawarkan rumah dan kebun percuma.Allahyarham Yunus bin Majid adalah orang yang bertanggung jawab mengepalai 71 penduduk yang ingin berpindah ke negeri itu.




Penghulu ketika itu Ismail bin Wok (bapa kepada Datin Paduka Zaleha Ismail lebih dikenali dengan gelaran Penghulu Kancil)merasa gusar memandangkan 71 keluarga dari mukimnya yang bakal hilang boleh menyebabkan pengurangan penduduk yang sememangnya tidak berapa ramai ketika itu. Beliau telah mengadap Tuanku Sultan ketika itu Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah menerangkan prihal duduk pekara. Baginda menitahkan agar dibuka penempatan yang sama pada tanah kosong yang berdekatan agar rakyat beliau tidak keluar dari negeri Selangor.



    ii.        Tahun 1960 - PenerokaanHutan


Hutan Paya yang berbukit lima kilometer ke barat Kampung Salak Tinggi adalah tanah hutan balak yang belum diteroka telah menjadi pilihan untuk dijadikan kawasan penempatan.Kebetulan pada ketika itu kerajaan sedang merancang membuka penempatan pada anak anak negeri yang dipanggil Rancangan Kemajuan Tanah (RKT).


Akhirnya pada tahun 1960 hutan paya berbukit seluas 1038 ekar diteroka .Kerajaan melantik kontraktor dengan pekerjanya terdiri dari pemuda pemuda berdekatan yang sebahagianya menjadi penduduk kampong ini.


RUMAH ASAL 1962 KG LABU LANJUT
Awal kemasukan pada tahun 1962Seratus buah rumah papan ala Felda didirikan dengan keluasan ¼ ekar setiap lot rumah.Pada tahun 1962 kesemua penduduk yang berhasrat pindah ke Lembah Bilut menyertai temuduga ditambah lagi dengan penyertaan penduduk berhapiran untuk mengisi RKT yang telah siap didiami.Hanya 85 orang yang berminat untuk menyertai RKT ini.Lima belas rumah yang lain terbiar kosong. Pada Tahun itu juga Menteri pembangunan Luar Bandar Tun Abd Razak Husein telah merasmikan pembukaan Rancangan Kemajuan Tanah Labu Lanjut ,ketika itu juga beliau meluluskan peruntukan RM40.000.00 untuk pembinaan masjid .Setiap peserta diwajibkan tinggal dirumah tersebut dengan di bibayar oleh kerajaan sebanyak RM30.00 sebulan selama dua tahun. Peserta diberi dusun dua ekar setiap orang untuk bercucuk tanam.Sedang anak getah ketika itu mula ditanam dengan pekerja terdiri dari peserta sendiri dengan bayaran RM 2.30 ke 2.50 sehari.Sebahagian peserta ada yang bekerja di Ladang ladang berhampiran seperti ladang Bute,ladang Sungai Mahang,Ladang Ampartenang, untuk menyara kehidupan sementara menunggu pokok getah membesar.kerana kepayahan hidup akhirnya 15 peserta meninggalkan RKT ini. Tinggalah 70 peserta mengharungi kepayahan hidup di RKT ini.


Pada 1969 kebun getah telah diundi dan dibahagikan pada para peserta seluas tiga ekar seorang. Getah mula ditoreh pada ketika itu dengan harga 24sen sekati (40sen sekilo).Pada Tahun itu peneroka mula diwajibkan membayar peremium tanah sebanyak RM15.00 sebulan.Peneroka dapat menarik nafas lega kerana dapat mereka menampung duit beras yang mana sebelum ini ubi dan beras bertukar tukar menjadi makanan rutin harian penduduk.


Pada tahun 1975 kerajaan telah menambah lagi tiga ekar tanah untuk setiap peserta dengan arahan menanam kelapa sawit yang mana benih dibekalkan oleh kerajaan dan ditanam oleh peneroka sendiri..Sehingga kelapa sawit mula dipetik peneroka mula terasa jerih kehidupan terbayar.



   iii.        Tahun 70an - Rancangan Tanah Belia Belia Labu Lanjut (RTB)


Berada di sebelah barat kampong Labu Lanjut .RTB Labu lanjut mula diteroka oleh peserta pada 1975 terdiri dari pemuda belia 4B penduduk daerah Sepang.Disertai 32 perserta dengan satu ekar tapak rumah dan 6 ekar tanah untuk ditanam kelapa sawit.Pada 1993 berlaku pengambilan semula tanah untuk membina landasan kapal terbang KLIA .Hanya tapak rumah tidak terlibat dengan pengambilan semula. Mempunyai kemudahan asas seperti surau balai raya dan gelanggang bola tampar.Kini mempunyai 44 keluarga dan 254 penduduk.




   iv.        Tahun 80an – Penambahan Tanah Penempatan


Pada tahun 1987 ke 1988 lonjakan harga hasil kelapa sawit kepada RM600.00 satu tan membawa perubahan mendadak penduduk ada yang mampu membeli kenderaan sendiri dan mengubahsuai rumah ketika ini jerih mereka benar benar berbaloi dan mendatangkan rasa terkilan pada peneroka yang meninggalkan RKT ini ketika zaman susah. Petengahan 80an 29 tapak rumah yang kosong mula dipohon dan diisi oleh peserta baru dan diberikan tapak kebun seluas 6 ekar.



Pada pertengahan 80an juga 124 lot tanah tambahan seluas ¼ ekar dibuka pada 70% penduduk tempatan dan 30% penduduk luar atau pesara kerajaan. Ketika itu juga 29 tapak rumah yang kosong mula dipohon dan diisi oleh peserta baru dan diberikan tapak kebun seluas 6 ekar.




Mula didiami pada tahun 2005 di tanah dusun peneroka asal Labu lanjut.Keseluruhan penduduk adalah bukan dari kalangan anak peneroka.Kebanyakan penduduk tman ini adalah kakitangan lapangan terbang KLIA dan juga kakitangan kerajaan.Jumlah penduduk 217 orang.




Kampung Labu Lanjut seluas 2 x 2 kiometer persegi didiami oleh 295 Keluarga dengan 1369  orang penduduk (Tidak termasuk Taman Taman Perumahan) termasuk kakitangan KLIA , LCCT dan industri berhampiran yang menyewa rumah penduduk tempatan.Peneroka asal daripada 70 pasangan hanya tinggal enam pasangan yang masih ada selebihnya empat bapa tunggal dan 19 ibu tunggal meniti usia emas memerhati anak cucu meneruskan kesinambungan generasi.Selebihnya telah kembali kerahmatullah kerana dimamah usia .
Semoga roh mereka di cucuru rahamat , amin... 

Senarai Nama Peneroka Asal Kampung Labu Lanjut 

Bill
Nama
Status
1
Daud Bin Kolad
Meninggal
2
Hassim Bin Daud

3
Ahmad Bin AWi
Meninggal
4
Hashim bin Pardi

5
Minit Bin Kabar
Meninggal
6
Wahid Bin Taib

7
Ahmad Bin Sidin
Meninggal
8
Mohd Noor Bin Hamzah
Meninggal
9
Roni Bin Saleh
Meninggal
10
Ali Basha Bin Mohamad
Meninggal
11
Selamat Bin Dollah
Meninggal
12
Akip Bin Mat Seh
Meninggal
13
Shekh Ali Bin Sheikh Nasir

14
Ujang Bin Taib
Meninggal
15
Yunus Bin Doazin
Meninggal
16
Ahmad Bakrn Bin Jumaat
Meninggal
17
Mohd Yunus Bin Daud
Meninggal
18
Booyman Bin Hassan
Meninggal
19
Osman Bin Mat Seh
Meninggal
20
Hamid Bin Mat Seh
Meninggal
21
Mindar Bin Hj Abdul Manan
Meninggal
22
Kadir Bin Saeran
Meninggal
23
Daud Bin Jantan
Meninggal
24
Juahir Bin Kassan
Meninggal
25
Lebai Pilih Bin Maukom
Meninggal
26
Sidek Bin Buyung
Meninggal
27
Aban Bin Jamin
Meninggal
28
Kentong Bin Langan
Meninggal
29
Musa Bin Sidi

30
Abu Bin Kanak
Meninggal
31
Said Bin Dewan
Meninggal
32
Rusli Bin Taseh
Meninggal
33
Bardan Bin Simok
Meninggal
34
Zainal Abidin Bin Hj Noor
Meninggal
35
Abdullah Bin Minit

36
Kahar Bin Malim
Meninggal
37
Jamon Bin Abas
Meninggal
38
Abu Bakar Bin Abdullah
Meninggal
39
Kardi Bin Karomo
Meninggal
40
Shalabudin Bin Tepap
Meninggal
41
Sakdon Bin Jamin
Meninggal
42
Samad Bin Sudin
Meninggal
43
Buyung Bin Idris
Meninggal
44
Alias Bin daud
Meninggal
45
Leha Bt Hj Majid

46
Kassim Bakri Bin Hj Arshad

47
Dasin Bin Hj Hassan
Meninggal
48
Parlan
Meninggal
49
Mohd Yunus Bin Majid
Meninggal
50
Limat Bin Nayan
Meninggal
51
Kassim Bin Karso
Meninggal
52
Mohd Tahir Bin Abdul Rahman
Meninggal
53
Harun Bin Akop
Meninggal
54
Talib Bin Jamil
Meninggal
55
Shahlan Bin Ahmad

56
Khamis Bin Hj Ibrahim
Meninggal
57
Mohamad Bin Ali
Meninggal
58
Mohd Zin Bin Ahmad
Meninggal
59
Baharudin
Meninggal
60
Thumin Bin Ahmad
Meninggal
61
Abdul Rahman  Bin Abu Bakar
Meninggal
62
Ahmad Bin Dol
Meninggal
63
Mohd Raus Bin Kassim
Meninggal
64
Ali Bin Mat Seh
Meninggal
65
Abdullah Bin satey
Meninggal
66
Rahmat Bin Tasah
Meninggal
67
Mohd Said Bin Boyok
Meninggal
68
Samad Bin Jati

69
Sukri Bin Sikus
Meninggal
70
Kadir bin Kartono