ASAL USUL NAMA KAMPUNG LABU LANJUT
ANTARA WARGA ASAL LABU LANJUT 1969
NO 2 BELAKANG HJ MUSA B SIDI,NO 4 BELAKANG HJ KASIM BAKRY,
NO 5 BELAKANG HJ SAHLAN B AHMAD,DEPAN NO 1 HJ RUSLI TASEH,
NO 5 DEPAN HJ WAHID BIN TAIB.
Asal usul nama kampung ini diperolehi dan diceritakan oleh Pak Buyung atau nama sebenarnya Abdullah bin Minit (gambar), berumur 75 tahun yang juga merupakan peneroka asal KG Labu Lanjut. Beliau menceritakan bagaimana nama Kampung Labu Lanjut diperolehi.Nama kampong ini diperolehi dari sepohon pokok yang dikenali sebagai Pokok Lanjut.Merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asean yang lain.Nama botaninya Mangifera lagenifera Griff.
Pohon, tinggi mencapai 40 m, batang bebas cabang tingginya 18 m dengan garis tengah batang 100 cm, tidak berbanir. Kulit batang mula-mula halus kemudian menjadi bercelah tidak teratur dan beralur kecil, coklat kemerahan sampai coklat abu-abu. Daun berbentuk bundar telur terbalik melanset sampai menyudip, panjang 3 - 15 cm dan lebar 1,5 - 5 cm. Perbungaan terminal semu, malai, kadang-kadang terlihat memberkas, berbulu kecil,; bunga 5 merus, mahkota bunga ungu, diskus ramping dan menyerupai tangkai, 5 benang sari fertil dan bahagian pangkalnya berlekatan, staminodium kecil. Buah berbentuk buah mangga, panjang sampai 11 cm, hijau pink dan berubah menjadi kecoklatan apabila buah masak.
Pokok Lanjut tumbuh di tebing sungai labu. Kebetulan terdapat kuala sungai dari paya kampung Labu Lanjut dan telah menjadi tempat berlabuh bagi sampan sampan penduduk Kampung Salak Tinggi,Kampung Giching dan orang asli ketika itu. Oleh kerana di kuala sungai tersebut terdapat pokok lanjut maka tempat itu dikenali sebagai Kuala Lanjut.
Pada masa itu sampan menjadi kenderaan utama penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian ke pekan Salak. Usaha menangkap ikan adalah menjadi punca sumber rezeki bagi penduduk kampung,selain daripada itu mereka juga mengambil upah menoreh ,bertani dan bersawah bagi menampung kehidupan.
Apabila masyarakat kampung Salak Tinggi dan Giching hendak mencari rotan, ,berburu dan mencari hasil hutan yang lain di sini(Labu Lanjut) maka mereka akan mengatakan “Hendak ke Kuala Lanjut”. Oleh kerana letaknya kawasan ini di mukim Labu lalu kawasan RKT ini dipanggil RKT Labu Lanjut.
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH KAMPUNG LABU LANJUT
i. Tahun 1958 - 1959
Sebelum keujudan Kampung Baru Lanjut.Pada tahun 1958 ke 1959 selepas merdeka kerajaan Pahang menawarkan penempatan untuk menambah bilangan penduduk di negeri itu. Satu kawasan diantara Raub dan Bentong dipanggil Lembah Bilut telah diteroka oleh kerajaan Pahang untuk penempatan rakyat yang ingin berpindah ke negeri itu telah menarik minat penduduk kampung Salak Tinggi dan Ghicing kerana ditawarkan rumah dan kebun percuma.Allahyarham Yunus bin Majid adalah orang yang bertanggung jawab mengepalai 71 penduduk yang ingin berpindah ke negeri itu.
Penghulu ketika itu Ismail bin Wok (bapa kepada Datin Paduka Zaleha Ismail lebih dikenali dengan gelaran Penghulu Kancil)merasa gusar memandangkan 71 keluarga dari mukimnya yang bakal hilang boleh menyebabkan pengurangan penduduk yang sememangnya tidak berapa ramai ketika itu. Beliau telah mengadap Tuanku Sultan ketika itu Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah menerangkan prihal duduk pekara. Baginda menitahkan agar dibuka penempatan yang sama pada tanah kosong yang berdekatan agar rakyat beliau tidak keluar dari negeri Selangor.
ii. Tahun 1960 - PenerokaanHutan
Hutan Paya yang berbukit lima kilometer ke barat Kampung Salak Tinggi adalah tanah hutan balak yang belum diteroka telah menjadi pilihan untuk dijadikan kawasan penempatan.Kebetulan pada ketika itu kerajaan sedang merancang membuka penempatan pada anak anak negeri yang dipanggil Rancangan Kemajuan Tanah (RKT).
Akhirnya pada tahun 1960 hutan paya berbukit seluas 1038 ekar diteroka .Kerajaan melantik kontraktor dengan pekerjanya terdiri dari pemuda pemuda berdekatan yang sebahagianya menjadi penduduk kampong ini.
RUMAH ASAL 1962 KG LABU LANJUT
Awal kemasukan pada tahun 1962Seratus buah rumah papan ala Felda didirikan dengan keluasan ¼ ekar setiap lot rumah.Pada tahun 1962 kesemua penduduk yang berhasrat pindah ke Lembah Bilut menyertai temuduga ditambah lagi dengan penyertaan penduduk berhapiran untuk mengisi RKT yang telah siap didiami.Hanya 85 orang yang berminat untuk menyertai RKT ini.Lima belas rumah yang lain terbiar kosong. Pada Tahun itu juga Menteri pembangunan Luar Bandar Tun Abd Razak Husein telah merasmikan pembukaan Rancangan Kemajuan Tanah Labu Lanjut ,ketika itu juga beliau meluluskan peruntukan RM40.000.00 untuk pembinaan masjid .Setiap peserta diwajibkan tinggal dirumah tersebut dengan di bibayar oleh kerajaan sebanyak RM30.00 sebulan selama dua tahun. Peserta diberi dusun dua ekar setiap orang untuk bercucuk tanam.Sedang anak getah ketika itu mula ditanam dengan pekerja terdiri dari peserta sendiri dengan bayaran RM 2.30 ke 2.50 sehari.Sebahagian peserta ada yang bekerja di Ladang ladang berhampiran seperti ladang Bute,ladang Sungai Mahang,Ladang Ampartenang, untuk menyara kehidupan sementara menunggu pokok getah membesar.kerana kepayahan hidup akhirnya 15 peserta meninggalkan RKT ini. Tinggalah 70 peserta mengharungi kepayahan hidup di RKT ini.Pada 1969 kebun getah telah diundi dan dibahagikan pada para peserta seluas tiga ekar seorang. Getah mula ditoreh pada ketika itu dengan harga 24sen sekati (40sen sekilo).Pada Tahun itu peneroka mula diwajibkan membayar peremium tanah sebanyak RM15.00 sebulan.Peneroka dapat menarik nafas lega kerana dapat mereka menampung duit beras yang mana sebelum ini ubi dan beras bertukar tukar menjadi makanan rutin harian penduduk.
Pada tahun 1975 kerajaan telah menambah lagi tiga ekar tanah untuk setiap peserta dengan arahan menanam kelapa sawit yang mana benih dibekalkan oleh kerajaan dan ditanam oleh peneroka sendiri..Sehingga kelapa sawit mula dipetik peneroka mula terasa jerih kehidupan terbayar.
iii. Tahun 70an - Rancangan Tanah Belia Belia Labu Lanjut (RTB)
Berada di sebelah barat kampong Labu Lanjut .RTB Labu lanjut mula diteroka oleh peserta pada 1975 terdiri dari pemuda belia 4B penduduk daerah Sepang.Disertai 32 perserta dengan satu ekar tapak rumah dan 6 ekar tanah untuk ditanam kelapa sawit.Pada 1993 berlaku pengambilan semula tanah untuk membina landasan kapal terbang KLIA .Hanya tapak rumah tidak terlibat dengan pengambilan semula. Mempunyai kemudahan asas seperti surau balai raya dan gelanggang bola tampar.Kini mempunyai 44 keluarga dan 254 penduduk.
iv. Tahun 80an – Penambahan Tanah Penempatan
Pada tahun 1987 ke 1988 lonjakan harga hasil kelapa sawit kepada RM600.00 satu tan membawa perubahan mendadak penduduk ada yang mampu membeli kenderaan sendiri dan mengubahsuai rumah ketika ini jerih mereka benar benar berbaloi dan mendatangkan rasa terkilan pada peneroka yang meninggalkan RKT ini ketika zaman susah. Petengahan 80an 29 tapak rumah yang kosong mula dipohon dan diisi oleh peserta baru dan diberikan tapak kebun seluas 6 ekar.
Pada pertengahan 80an juga 124 lot tanah tambahan seluas ¼ ekar dibuka pada 70% penduduk tempatan dan 30% penduduk luar atau pesara kerajaan. Ketika itu juga 29 tapak rumah yang kosong mula dipohon dan diisi oleh peserta baru dan diberikan tapak kebun seluas 6 ekar.
Mula didiami pada tahun 2005 di tanah dusun peneroka asal Labu lanjut.Keseluruhan penduduk adalah bukan dari kalangan anak peneroka.Kebanyakan penduduk tman ini adalah kakitangan lapangan terbang KLIA dan juga kakitangan kerajaan.Jumlah penduduk 217 orang.
Kampung Labu Lanjut seluas 2 x 2 kiometer persegi didiami oleh 295 Keluarga dengan 1369 orang penduduk (Tidak termasuk Taman Taman Perumahan) termasuk kakitangan KLIA , LCCT dan industri berhampiran yang menyewa rumah penduduk tempatan.Peneroka asal daripada 70 pasangan hanya tinggal enam pasangan yang masih ada selebihnya empat bapa tunggal dan 19 ibu tunggal meniti usia emas memerhati anak cucu meneruskan kesinambungan generasi.Selebihnya telah kembali kerahmatullah kerana dimamah usia .
Semoga roh mereka di cucuru rahamat , amin...
Senarai Nama Peneroka Asal Kampung Labu Lanjut Sept 2016
Bill
|
Nama
|
ISTERI
| |
1
|
Daud Bin Kolad
| ||
2
| Hassim Bin Daud | ||
3
|
Ahmad Bin Awi
| ||
4
|
Hashim bin Pardi
|
| |
5
|
Minit Bin Kabar
| ||
6
|
Wahid Bin Taib
|
| |
7
|
Ahmad Bin Sidin
| ||
8
|
Mohd Noor Bin Hamzah
|
ENDON BINTI IBRAHIM
| |
9
|
Roni Bin Saleh
|
HAPSAH BINTI MAT AKIP
| |
10
|
Ali Basha Bin Mohamad
|
| |
11
|
Selamat Bin Dollah
|
| |
12
|
Akip Bin Mat Seh
| ||
13
|
Shekh Ali Bin Sheikh Nasir
| ||
14
|
Ujang Bin Taib
| ||
15
|
Yunus Bin Doazin
| ||
16
|
Ahmad Bakrun Bin Jumaat
| ||
17
|
Mohd Yunus Bin Daud
|
| |
18
|
Booyman Bin Hassan
| ||
19
|
Osman Bin Mat Seh
| ||
20
|
Hamid Bin Mat Seh
| ||
21
|
Mindar Bin Hj Abdul Manan
| ||
22
|
Kadir Bin Saeran
| ||
23
|
Daud Bin Jantan
| ||
24
|
Juahir Bin Kassan
|
| |
25
|
Lebai Pilih Bin Maukom
| ||
26
|
Sidek Bin Buyung
| ||
27
|
Aban Bin Jamin
| ||
28
|
Kentong Bin Langan
| ||
29
|
Musa Bin Sidi
| ||
30
|
Abu Bin Kanak
| ||
31
|
Said Bin Dewan
| ||
32
|
Rusli Bin Taseh
| ||
33
|
Bardan Bin Simok
|
| |
34
|
Zainal Abidin Bin Hj Noor
| ||
35
|
Abdullah Bin Minit
| ||
36
|
Kahar Bin Malim
| ||
37
|
Jamon Bin Abas
|
| |
38
|
Abu Bakar Bin Abdullah
| ||
39
|
Kardi Bin Karomo
|
| |
40
|
Shalabudin Bin Tepap
| ||
41
|
Sakdon Bin Jamin
| ||
42
|
Samad Bin Sudin
|
| |
43
|
Buyung Bin Idris
| ||
44
|
Alias Bin daud
|
| |
45
|
Leha Bt Hj Majid
| ||
46
|
Kassim Bakri Bin Hj Arshad
|
| |
47
|
Dasin Bin Hj Hassan
| ||
48
|
Parlan
|
| |
49
|
Mohd Yunus Bin Majid
| ||
50
|
Limat Bin Nayan
|
| |
51
|
Kassim Bin Karso
| ||
52
|
Mohd Tahir Bin Abdul Rahman
| ||
53
|
Harun Bin Akop
|
| |
54
|
Talib Bin Jamil
|
| |
55
|
Shahlan Bin Ahmad
| ||
56
|
Khamis Bin Hj Ibrahim
|
| |
57
|
Mohamad Bin Ali
| ||
58
|
Mohd Zin Bin Ahmad
| ||
59
|
Baharudin
| ||
60
|
Thumin Bin Ahmad
|
SITI MARIAH BINTI MOHAMED SHARIF
| |
61
|
Abdul Rahman Bin Abu Bakar
| ||
62
|
Ahmad Bin Dol
| ||
63
|
Mohd Raus Bin Kassim
| ||
64
|
Ali Bin Mat Seh
| ||
65
|
Abdullah Bin satey
| ||
66
|
Rahmat Bin Tasah
| ||
67
|
Mohd Said Bin Boyok
| ||
68
|
Samad Bin Jati
| ||
69
|
Sukri Bin Sikus
| ||
70
|
Kadir bin Kartono
|